Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jerman enggan mengikuti jejak Britain dalam mengklasifikasikan pergerakan Hezbollah sebagai organisasi pengganas di sebalik tekanan daripada Arab Saudi dan Amerika Syarikat, kata seorang pegawai kanan negara Eropah itu.
Keputusan itu diumumkan pada hari Jumaat oleh Menteri Dalam Negeri, Niels Annen dalam wawancara beliau dengan majalah berita mingguan Der Spiegel selepas lawatannya ke Lubnan.
Annen menggambarkan Hezbollah sebagai "faktor yang relevan dalam masyarakat Lubnan", dan berkata Jerman "tertarik dengan (prospek) kestabilan Lubnan."
Berlin membuat keputusan itu di sebalik risiko yang perkara itu akan menimbulkan ketegangan di antara Jerman dengan Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Kedua-dua negara tersebut kini berusaha menekan sekutu mereka untuk mengharamkan pergerakan Hizbullah yang berpusat di Lubnan.
Annen menolak kritikan Amerika Syarikat yang menuduh Berlin tidak berusaha untuk memerangi pengaruh Iran di rantau Timur Tengah. Beliau juga menegaskan polisi luar negaranya yang tidak akan mengalih fokus daripada mencari penyelesaian politik walaupun berhadapan dengan keadaan yang sukar.
Kerajaan Britain bulan lalu menetapkan seluruh organisasi Hezbollah - sayap politik dan ketenteraan - sebagai entiti pengganas. London sebelum ini turut menyenaraihitamkan cabang ketenteraan Hezbollah sebagai "kumpulan pengganas." -Press TV
9 Mac 2019 - 07:18
News ID: 932320
Jerman enggan mengikuti jejak Britain dalam mengklasifikasikan pergerakan Hezbollah sebagai organisasi pengganas di sebalik tekanan daripada Arab Saudi dan Amerika Syarikat, kata seorang pegawai kanan negara Eropah itu.